Sunday, 27 October 2013

Warga Eropah pula marah terhadap pendedahan terbaru bekas pekerja CIA: 'Bocoran risik AS paling serius'



WASHINGTON: Tindakan bekas kakitangan Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Edward Snowden, membocorkan rahsia program pengintipan negara itu telah membantu seteru Amerika dan merupakan pelanggaran maklumat rahsia paling serius dalam sejarah negara tersebut.
Demikian pandangan bekas pegawai kedua tertinggi CIA dalam satu wawancara dengan sebuah stesen televisyen semalam.
Encik Michael Morrell, yang pernah menjadi timbalan pengarah dan pemangku pengarah CIA, memberitahu rancangan CBS, 60 Minutes, bahawa pendedahan bekas kakitangan kontrak agensi risikan tersebut telah merosakkan usaha mengesan ancaman pengganasan yang mungkin berlaku.
"Apa yang dilakukan oleh Edward Snowden telah membebankan rakyat Amerika dengan risiko lebih tinggi kerana para pengganas belajar melalui pendedahan tersebut dan mereka lebih berwaspada. Kami tidak seharusnya memperolehi maklumat risikan yang diperolehi itu," jelas Encik Morrell yang meletak jawatannya baru-baru ini selepas bertugas dengan CIA selama 33 tahun.
Snowden memaparkan dirinya sebagai seorang tukang adu yang risau tentang tindakan Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika mengintip dan memantau secara sulit, tetapi Encik Morrell berkata bekas kakitangan kontrak itu adalah seorang pengkhianat negara.
"Saya fikir ini adalah pendedahan paling serius - penyerahan maklumat sulit paling serius dalam sejarah risikan Amerika," kata beliau.
Pembocoran paling merosakkan daripada Snowden telah mendedahkan bajet sulit atau "buku hitam" dunia risikan, kata Encik Morrell lagi.
Butir-butir tentang apa yang dibelanjakan agensi-agensi risikan mendedahkan keutamaan dan kelemahan yang boleh diambil kesempatan oleh khidmat pengintipan negara asing, jelasnya.
Wawancara sepenuhnya akan disiarkan hari ini.
Sementara itu, rakan-rakan Amerika di Eropah marah, manakala sekutu negara itu di Timur Tengah dan rantau Pasifik pula kebingungan.
Para penduduk Eropah marah terhadap pembocoran terbaru Snowden bahawa NSA telah mengintip butiran jutaan panggilan telefon mereka, malah turut mengesan perbualan telefon Canselor Jerman, Cik Angela Merkel.
Cik Heather Conley, bekas timbalan penolong setiausaha negara Eropah dan Eurasia semasa pentadbiran Encik George W. Bush, berkata pihak Rumah Putih sejauh ini belum cukup melakukan sesuatu untuk mententeramkan sekutu-sekutunya.
SAMBUNG BACAAN...

Sunday, 20 October 2013

GADIS SERAH TUBUH BAYAR TAMBANG TEKSI


GADIS SERAH TUBUH BAYAR TAMBANG TEKSI-Kuala Lumpur: Maruah diri sebagai bayaran tambang teksi. Itu yang terjadi kepada seorang pelancong dari Vietnam yang tergadai maruah dirinya selepas gagal membayar tambang teksi, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 38 tahun datang ke negara ini untuk melancong selama seminggu sebelum mengambil keputusan melawat kakaknya yang tinggal di Jalan Mega Mendung, Taman OUG.
Sumber polis berkata, mangsa yang menaiki teksi di Jalan Kuchai Lama itu meminta dihantar ke rumah kakaknya malangnya pemandu teksi itu membawanya ke tempat lain sebelum meminta bayaran RM150 sebagai tambang.

Menurutnya, mangsa yang hanya ada RM50 ketika itu meminta pemandu teksi terbabit menghantarnya ke rumah kakaknya dulu dan akan membayar wang selebihnya selepas itu.
“Namun, lelaki itu melencong ke kawasan lain sebelum berhenti di kawasan gelap dan menyatakan mangsa perlu membayar tambang istimewa jika mahu pulang ke rumah kakaknya,” katanya.

Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan AS$500 (RM1,500) namun lelaki itu yang masih tidak berpuas hati merampas pula telefon bimbit mangsa.
Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dipaksa melayan nafsu seks pemandu teksi itu pula.
“Selepas dirogol, mangsa kemudiannya dihantar semula ke Jalan Kuchai Lama.
“Mangsa turut diugut agar tidak membuat laporan polis,” katanya.
Bagaimanapun mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Petaling.SUMBER-http://www.myinfo4u.net/
SAMBUNG BACAAN.....

Tambah bacaan